Zaman Taqlid /Zaman Pembekuan
Maksud Taqlid :
· Dari segi bahasa – diambil dari perkataan ‘ Qallada ‘ iaitu membelenggu sesuatu di leher.
· Dari segi istilah – 1. menurut ulama usul Fekah ialah beramal dengan pendapat orang lain tanpa mengetahui hujah dan dalilnya.
2. Mengikuti atau menerima pendapat orang lain tanpa mengetahui dasar dan dalil serta bukti kenapa ia berpendapat sedemikian.
3. Orang yang menerima pendapat orang lain itu dinamakan ‘ muqallid ‘ .
Hukum Taqlid dan pendapat ulama.
v Suatu perkembangan baru.
v Bermula pada sejarahnya pada abad ke-4 Hijrah.
v Ulama tidak ada kata sepakat terhadap taqlid.
Pendapat Mengharuskan Taqlid.
Ø Orang yang tidak ada kemampuan Ijtihad daripada orang awam diwajibkan bertaqlid kepada pendapat Mujtahid.
Ø Tidak semua mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kelebihan berfikir.
Ø Orang tidak kemampuan mencari dalil dan mengenali Allah s.w.t dengan dalil terperinci wajib bertaqlid dalam aqidah dan juga fiqah kerana mereka tidak memahami nas dan tidak dapat mengithbatkan hukum sendiri.
Dalil Al-Quran . Firman Allah S.W.T :
فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”
Surah Al-Nahl ayat 43.
Ayat tersebut memerintahkan supaya orang bertanya kepada orang yang lebih mengetahuinya jika tidak memahami sesuatu.
Dalil Ijmak
§ Pada zaman sahabat dan Tabi’in, disepakati bahawa orang awam sentiasa bertanya dan meminta fatwa daripada ulama dan mujtahid.
§ Mujtahid memberi fatwa dan hukum yang diminta tanpa menghuraikan dalil dengan panjang lebar kepada mereka.
§ Dari ini , menunjukkan bahawa bertaqlid daripada kalangan orang awam adalah harus.
§ Penilaian terhadap beberapa pendapat di atas.
§ Ijtihad perlu untuk menyelesaikan hukum kerana banyak masalah baru timbul tetapi tidak terdapat Nas yang jelas tentangnya.
§ Ijtihad bukan untuk semua manusia , hanya boleh dilakukan oleh mujtahid dan orang yang mencukupi syarat.
§ Untuk itu , orang awam perlu bertaqlid kepada mazhab tertentu untuk beramal dengan sesuatu hukum syarak.
§ Selain itu , melalui taqlid , orang awam mendapat keyakinan kerana merujuk pada orang lebih berilmu.
Pendapat beberapa ulama lain.
Walaupun taqlid harus , namun ulama mazhab memberi kelonggaran dan tidak memaksa sesiapapun mengikut pendapatnya. Antaranya ialah :
Pendapat tidak mengharuskan Taqlid.
o Pendapat ulama yang tidak mengharuskan taqlid , baik dalam fekah dan aqidah dengan membawa alasan dan hujah mereka . Antaranya ialah :
o Allah sentiasa memerintahkan manusia supaya berfikir dan mengenali-Nya untuk pengukuhan akidah , begitu juga dengan fekah. Oleh itu , bertaqlid benar-benar bercanggah dengan syarak.
o Terikat dengan Mazhab.
o Orang yang bertaqlid ( muqallid ) boleh beramal dengan salah satu daripada dua pendapat atau berpegang pada mana-mana mazhab jika tidak mampu mengeluarkan hukum sendiri.
o Lantaran itu , sesetengah manusia melazimkan diri mereka berpegang dan mengikuti mazhab tertentu.
o Hal tersebut adalah harus untuk dirinya dan tidak wajib atau semestinya mengikuti mazhab tertentu.
Zaman Taqlid / Zaman Kebekuan
· Bermula dari pertengahan abad ke 4H.
· Para ulamat dan orang Islam berpegang kepada fatwa-fatwa imam Mujtahid yang dahulu.
· Pada masa ini umat Islam mengalami pelbagai pengaruh politik , pemikiran , akhlak dan sosial yang teruk.
· Pada zaman ini , ramai yang cenderung bertaqlid dan iltizam pada mazhab-mazhab tertentu.
· Sampai kepada tahap dikeluarkan fatwa ‘ pintu ijtihad telah ditutup ‘ .
A : Perpecahan negara Islam
- Negara islam berpecah kepada berbagai – bagai pemerintahan yang saling berperang antara satu sama lain.
- Pemerintah Islam yang sibuk dengan peperangan, rusuhan , perebutan kuasa politik dan permusuhan.
- Umat Islam mengalami kelemahan dan semangat kecintaan kepada ilmu pengetahuan makin menghakis.
- Tidak lagi bersemangat dan berdaya saing .
B : Kemunculan mazhab-mazhab
- Imam-imam mujtahid berpecah.
- Berbagai-bagai golongan yang mempunyai faham perundangan tersendiri.
- Masing-masing membawa aliran tersendiri dan berusaha meninggikan mazhab masing-masing.
- Jiwa kebebasan akal fikiran telah berkurangan sehingga kebanyakkan bertaqlid.
C : Keruntuhan akhlak
· Kurang percaya diri sendiri dan takut untuk berijtihad.
· Mengganggap diri masing-masing lemah.
· Timbul perasaan iri hati dan hasad dengki dari kalangan ulama terhadap sesetengah golongan ulama yang cuba untuk mengistinbatkan hukum.
· Menjalankan propaganda memburukkan dan menjatuhkan nama orang.
D : Penyusunan and Penguatkuasaan perundangan Islam yang tidak sistematik.
· Terdapat sebilangan ulama yang bukan tahap mujtahid telah mengistinbatkan hukum.
· Menyebabkan kecelaruan dan ketidakseimbangan dalam menetapkan hukum.
· Pemerintah dan penguasa Islam mengarahkan menutup pintu ijtihad.
· Memaksa mufti-mufti dan kadi-kadi mengikut hukum imam-imam terdahulu sahaja.
Para ulama dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu :
A) Golongan Mujtahid Mazhab
· Ahli ijtihad dalam mazhab.
· Berdasarkan fatwa dan dasar pegangan mazhab mereka masing – masing.
B) Golongan Mujtahid dalam masalah-masalah baru
· Masalah yang tidak difatwakan dalam mazhab.
· Berijtihad - berdasarkan fatwa dan dasar mazhab.
· Qias – perbandingan hukum dengan fatwa / dasar mazhab.
C) Ahli Takhrij ( pentafsir kesamaran )
· Menjelaskan fatwa dengan tidak jelas.
· Qias
· Ijtihad
· Berdasarkan fatwa mazhab / pegangan mazhab.
D) Ahli tarjih ( pemutus )
· Tarjih – memilih satu-satu pendapat berdasarkan kekuatan dalil.
· Cuma membandingkan – fatwa yang kuat / lemah.
E ) Ahli taqlid
Mengikut sahaja fatwa / dasar pegangan mazhab.
No comments:
Post a Comment