Thursday, 14 April 2011

SUMBER SYARIAT ISLAM
AL-QURAN : bacaan atau himpunan huruf dan kalimah
        Kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas
  An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak). (surah an-Nisaa' 4:174)
Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu
Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maa'idah 5:15)
Al-Huda bermaksud petunjuk
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)
HADIS
  apa yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad, baik berupa perkataan, perbuatan, ketetapannya (Arab: taqrîr), sifat jasmani atau sifat akhlak, perjalanan setelah diangkat sebagai Nabi
IJTIHAD
Ø  satu proses penyelidikan yang dilakukan oleh para sarjana Islam untuk menghasilkan hukum – hukum yang bersifat amali.
Ø  berlaku apabila hukum-hukum dari Al-Quran dan Al-Sunnah tidak jelas.
Ø  sekiranya dalil telah jelas dan putus, maka makna tidak boleh ditakwilkan lagi.
Ø  Ijtihad kolektif  (tajazzu’al ijtihad) dilakukan apabila seseorang sarjana tidak mempunyai satu kepakaran, tetapi pakar dalam kepakaran yang lain.

Ø  Sebagai contoh, Euthanesia, pakar – pakar hukum fiqh dan pakar-pakar perubatan berhubung dalam menetapkan hukumnya.
IJMA’
v  Azam atau tekad
v  Kesepakatan para ulama dalam menetapkan hukum berasaskan Al-Quran dan sunnah yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.
v  merupakan kesepakatan para ulama’  yakni jika seorang sahaja dalam golongan para ulama’ membangkang, maka ia tidak dipanggil Ijma’
  “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ”
                                                                (Surah an-Nisa ayat 59)
  RUKUN IJMA’
·         harus ada beberapa orang mujtahid ketika perlaksanaan Ijma’
·         Ijma’ hanya boleh dilakukan apabila bersepakat mujtahid di seluruh dunia,
·         Tiada unsur paksaan dan kesepakatan harus dinyatakan dengan jelas.
·         Kesepakatan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, dengan penyataan lisan, perbuatan atau dengan sikap.
·         Memerlukan kesepakatan bulat dari Mujtahid, hanya sebahagian besar sahaja masih belum mencukupi.
  JENIS-JENIS IJMA’
o   IJMA’ SAHABAT -Ijma’ yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah.
o   IJMA’ KHULAFAARRASYIDIN – Ijma’ yang dilakukan oleh Khalifah Abubakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman, dan Khalifah Ali.
o   IJMA’ AHLI MADINAH – Ijma’ yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Merupakan salah satu sumber hukum Islam bagi mazhab Maliki, tetapi tidak bagi mazhab Syafie’
o   IJMA’ ULAMA KUFAH – Ijma’ ulama-ulama Kufah.  Merupakan salah satu sumber hukum Mazhab Hanafi.
QIYAS
1.       ukuran, persamaan, perbandingan kadar.
2.       perbandingan antara perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya dalam al-Quran dan Sunnah.
3.       proses Ijtihad berasaskan analogi daripada Al-Quran dan Sunnah  yakni menetapkan satu hukum yang belum ada pada masa sebelumnya.
4.       Dilihat dari masa terdahulu yang mempunyai persamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan lain-lain.
RUKUN QIAS’
1.  Masalah utama (al-ashl)
2.  Masalah cabang (al-far’u)
3. Hukum masalah utama (al-hukmu)
4. Alasan (as-sabab)
 CONTOH QIAS
" Bahawa Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadan kepada manusia, iaitu satu sha` (gantang) kurma atau satu sha` (gantang) gandum atas setiap muslim, merdeka atau budak, lelaki maupun wanita"
(Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 1635)
Masalah utama – gandum
Masalah cabang – padi (tidak tercantum dengan Al-Quran dan Sunnah)
Hukum – menunaikan zakat gandum adalah wajib
Sebab – padi dan gandum adalah makanan utama
MASLAHAH
  satu keadaan di mana tiada dalil khas dari Syarak yang mengiktibarkannya, yang difikirkan perlu diletak untuk memberikan kemaslahatan dan menolak mafsadah.
Boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:
Maslahah Mu’tabarah
Maslahah Mulghah
Maslahah Mursalah
Maslahah Mu’tabarah
diiktibar oleh Syarak dan Syarak telah pun menetapkan hukum-hakam untuk mencapainya.
Contohnya adalah seperti maslahah menjaga agama, nyawa, keturunan (juga maruah), akal dan nyawa.
Maslahah Mulghah
tidak diiktibar oleh Syarak dan Syarak tidak menganggapnya sebagai maslahah
Contoh bagi “maslahah mulghah” adalah seperti maslahah menyama ratakan pusaka antara anak lelaki dan anak perempuan.
Maslahah Mursalah
“Maslahah mursalah” ialah maslahah yang tiada dalil khusus daripada Syarak samada mengiktibarnya atau tidak.
Contoh bagi maslahah ini yang telah pun dibincangkan oleh ulamak ialah seperti membukukan al-Qur’an
Maslahah Mu’tabarah
diiktibar oleh Syarak dan Syarak telah pun menetapkan hukum-hakam untuk mencapainya.
Contohnya adalah seperti maslahah menjaga agama, nyawa, keturunan (juga maruah), akal dan nyawa.
Maslahah Mulghah
tidak diiktibar oleh Syarak dan Syarak tidak menganggapnya sebagai maslahah
Contoh bagi “maslahah mulghah” adalah seperti maslahah menyama ratakan pusaka antara anak lelaki dan anak perempuan.
Maslahah Mursalah
“Maslahah mursalah” ialah maslahah yang tiada dalil khusus daripada Syarak samada mengiktibarnya atau tidak.
Contoh bagi maslahah ini yang telah pun dibincangkan oleh ulamak ialah seperti membukukan al-Qur’an
ISTIHSAN
  mengganggap sesuatu benda itu baik atau sesuatu itu disukai oleh seseorang meskipun terdapat segelintir yang tidak menyukainya.
Menurut Mazhab Maliki:

Mengutamakan tinggal sesuatu dalil dan membolehkan menyalahinya kerana ada dalil lain menentang sebahagian daripada kehendaknya.(Hassan Ahmad 1998:302)

Menurut Mazhab Hanafi :

Berpaling didalam menghukum sesuatu masalah daripada masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus terdiri dari Al-Quran atau Sunnah.(Hassan Ahmad 1998:303)

Menurut Mazhab Shafie :

Sesuatu perkara yang difikirkan baik oleh mujtahid.(Hassan Ahmad 1998:303)
  Contoh Istihsan:
(Antara Istihsan dan Qias) Istihsan mengharuskan seseorang wanita dalam keadaan haid membaca Al-Quran sedang mengiku Qias, haram kerana diqiaskan dengan berjima’. Hujah Istihsan akan pengharusannya ialah kerana faktor masa; haid mengambil masa yang lama sedangkan berjimak hanya sebentar, jadi tidak adil untuk seseorang wanita itu dihalang daripada membaca Al-Quran.

  Contoh Istihsan:
(Antara Istihsan dan Nas) Istihsan membenarkan seseorang yang tidak sengaja makan apabila berpuasa meneruskan puasanya, sedankan jika mengikut kaedah umum, puasa seseornag itu batal kerana tidak menahan dirinya.  Namun, pengecualian ini telah disabdakan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda;
                Barang siapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempunakan puasanya. Sesungguhnya Allah memberi makan dan minum kepadanya.”

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dan At-Tarmizi dan Abu Daud dan Ibnu Majah)
  “sesungguhnya haram atas seseorang menetapkan sesuatu dengan jalan istihsan, apabila istihsan itu menyalahi hadis. Dan tidak boleh lagi seseorang mengatakan: ‘saya beristihsan tidak menggunakan qiyas’. Andaikata kita boleh mengenepikan qiyas, bolehlah bagi ahli-ahli akal dari orang yang tidak mempunyai ilmu mengatakan sesuatu yang tidak ada hadis terhadapnya dengan menggunakan dasar istihsan. Istihsan itu sebenarnya hanya mencari enak sahaja”
Dr Abdul Wahhab Khallaf,1984
ISTISHAB
 Istishab menurut bahasa berarti ”mencari sesuatu yang ada hubungannya”. Menurut istilah ulama fiqh, ialah tetap berpegang pada hukum yang telah ada dari suatu peristiwa atau kejadian sampai ada dalil yang mengubah hukum tersebut
 Contoh:
Lelaki A berkahwin dengan wanita B dan tinggal berjauhan selama 10 tahun.  Wanita B ingin berkahwin dengan lelaki C.
AL –’URF
  berasal dari perkataan   Ma’rifah
setiap yang tetap dalam diri, dipandang elok oleh akal, diterima oleh tabiat yang baik dan sentiasa dilakukan oleh manusia serta tidak ditolak oleh syarak  (Sayyid Salih Awad)
 sesuatu yang dikatakan dilakukan berulang kali dan menjadi adat
Contoh:
sedang berjual beli, seseorang mengatakan “saya akan memberikannya dengan harga sebegini”
 Ianya bukan diberikan sebagai hadiah, ianya suatu akad pembelian,
Sekiranya seseorang itu bersumpah tidak akan memakan daging, dia tidak akan melanggar sumpahnya sekiranya dia memakan ikan, kerana ‘urf mengatakan daging tidak termasuk daging ikan.
Terdapat ‘Urf umum dan ‘Urf khusus
‘Urf Umum digunakan oleh masyarakat Islam seluruh dunia, manakala ‘Urf Khusus digunakan oleh masyarakat sesuatu tempat sahaja.
‘Urf Sahih dan ‘Urf Fasid
‘Urf sahih ialah ‘Urf yang tidak bercanggah dengan syarak manakalan ‘Urf Fasid adalah yang bercanggah dengan syarak.
Terkait dengan susunan tertib Syari'at, Al Quran Surat Al Ahzab ayat 36 mengajarkan bahwa sekiranya Allah dan RasulNya sudah memutuskan suatu perkara, maka umat Islam tidak diperkenankan mengambil ketentuan lain. Oleh sebab itu secara implisit dapat dipahami bahwa jika terdapat suatu perkara yang Allah dan RasulNya belum menetapkan ketentuannya maka umat Islam dapat menentukan sendiri ketetapannya itu. Pemahaman makna ini didukung oleh ayat dalam Surat Al Maidah QS 5:101 yang menyatakan bahwa hal-hal yang tidak dijelaskan ketentuannya sudah dimaafkan Allah.


No comments:

Post a Comment