Sistem Perbankan Islam
• Objektif :
– Memperkenalkan sedikit sejarah sistem perbankan dalam Islam
– Menyenaraikan jenis jenis sistem perbankan dalam Islam
– Memperkenalkan sistem perbankan Islam yang wujud di Malaysia
– Membandingkan konsep antara sistem perbankan Islam dengan sistem konvensional
– Simpanan
– Pinjaman
– Membangkitkan beberapa persoalan mengenai perbankan Islam
Sejarah Sistem Perbankan Islam
Ibn Sa'ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubayr dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga Zubayr menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.
Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah. Sebagaimana katanya :-
ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة
Erti : Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.
Jenis jenis sistem perbankan Islam
• Akaun semasa
• Akaun simpanan wadiah
• Perkhidmatan ATM
• Akaun pelaburan am
• Akaun pelaburan khas
• Akaun simpanan mudarabah
• Akaun tabung
• Perkhidmatan pinjaman
• Sistem Perbankan Islam Malaysia
Contoh Bank Islam
– RHB ISLAMIC Bank
– HSBC Amanah
– Maybank "Islamic windows
– Public Bank "Islamic windows”
– Hong Leong Islamic
– Bank Islam SDN BHD
Sistem Simpanan Konvensional
• 1. Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).
– Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, bank akan mengumpulkan wang individu A bersama dengan wang pelabur lain.
– Kumpulan wang itu akan digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh
v Bank akan menetapkan kadar faedah tertentu (fixed interest) sebagai contoh 3 % (tambahan ke atas wang modalnya)
v Punyai tempoh matang (1-11 bulan)
v Kadar 3 % dari “fixed deposit account” tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard.
2. Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).
· Bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %.
· Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan tadi walau dalam keadaan apa sekalipun.
· Konklusi sistem simpanan konvensional
· Berlakunya penindasan
Akaun Simpanan atas asas Wadi’ah (simpanan biasa tanpa menggunakan konsep mudharabah);
Wang simpanan pelanggan adalah sentiasa selamat dan boleh di keluarkan pada bila-bila masa oleh pelanggan. Bank-bank Islam biasanya akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan pelaburan. Bank akan memberikan hibah (hadiah sejumlah wang) kepada penyimpan
Sistem yang adil
§ Pelanggan berpeluang mendapat hibah dalam keadaan wang simpanannya terjamin/tanpa risiko hasil pelaburan.
§ Bank juga tidak terpaksa membayar apa-apa kepada pelanggan jika tiada keuntungan
§ Pelaburan memenuhi kehendak Shariah.
Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung):
§ Lebih berisiko
§ Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.
§ Syarikat-syarikat yang ditapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank
Cara penapisan
§ Industry filtering (membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram)
§ Primary Financial Filters (mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Shariah )
Kesimpulan perbandingan akaun simpanan
v Sistem pinjaman konvensional
o Kadar interest yang berubah-ubah
o Bergantung pada Base Lending Rate (BLR)
o Graf Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006
o Kadar interest yang tetap
o 3 years Fixed Rate*
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%
o 5 years Fixed Rate
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%
o *CIMB Bank Konvensional
v CITIBANK menawarkan kadar tetap rendah iaitu 5.70 %
Terms and conditions apply. Loan Approval is subject to credit review. 5.70% fixed rate (no BLR) is for the first 3 years. Promotion is applicable for completed residential properties and for a limited time only. Preferred insurance Partner - ING
Sistem pinjaman Islam
v Kadar tetap
v Murabahah Lil Amir Bishira didefinisikan sebagai jualan Murabahah bagi individu yang berjanji untuk membeli
v Pelanggan berjanji untuk membeli suatu barangan daripada bank dengan harga yang lebih tinggi.
v Contoh ;
v Tahun Pertama : 2 %
v Tahun Kedua : 4 %
v Tahun Ke-3 ke 10 : 7 %
v *Pembiayaan Rumah (Bank Islam Malaysia Berhad)
v Contoh sistem pinjaman Islam yang berubah mengikut kadar BLR
v *Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR : Contracted Profit Rate
Kesimpulan Perbandingan Sistem Pinjaman
Persoalan mengenai sistem perbankan Islam
1. Bank Islam mengambil untung 100%?
Keharusan mengambil untung lebih dari 100 % asalkan ia :-
Dari hadis berikut :-
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )
2. Bank Islam turut mengenakan caj penalti?
Kumpulan Pertama : Harus dikenakan penalti dalam bentuk wang
‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai wang. Ia dinamakan mumatil yang disebut oleh Nabi SAW:
مطل الغني ظلم
Ertinya: "Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu kezaliman." (Riwayat Al- Bukhari, no 2167, 2/799)
لي الواجد ظلم يحل عقوبته وعرضه
Erti : bagi orang berkemampuan dan melewatkkan hutang adalah zalim, halal ke atas mereka hukuman (Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban : Sohih)
Kedua-dua hadis ini menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka yang ada kemampuan.
Kumpulan Kedua :Mengharuskan penalti bentuk wang tetapi disalur kepada kebajikan.
Antara yang berpegang dengan fatwa ini adalah Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, dan ia turut diputuskan oleh Majlis Syariah AAOIFI bagi produk Murabahah. Fatwa AOOIFI menyatakan :-
يجوز أن ينص في عقود المداينات : مثل المرابحة على التزام المدين عند المماطلة بالتصدق بمبلغ أو نسبة بشرط أن يصرف ذلك في وجوه البر
Erti : Harus dimasukkan dalam mana-mana kontrak yang bersifat hutang seperti Murabahah , bahawa orang yang berhutang di ketika berlaku kelewatan bayaran hutang sedangkan ia mampu, dia akan menyedeqahkan satu jumlah atau nisbah tertentu dengan syarat jumlah tersebut diserahkan kepada kebajikan.
Riba hanya akan berlaku apabila pemberi pinjam (atau dalam konteks kontrak jual beli) penjual sendiri yang mengambil wang penalty tadi, yang hutang pelanggan bertambah kerana lewat bayar. Iaitu Riba al-Jahiliyah dan juga an-Nasiah.
Namun demikian jika jumlah penalty diserahkan kepada pihak ketiga dan kebajikan, ia tidak lagi menjadi riba menurut kumpulan ulama ini.
Kumpulan ketiga : Penalti tidak harus sama sekali
Antara ulama yang terkuat mengempen pandangan ini adalah Dr Nazih Hammad, Dr Md Ali El-Gari dan lain-lain dengan pelbagai hujah juga. Hujjahnya adalah
Penalti disebabkan lewat bayar adalah riba
Menolak konsep rampasan tadi kerana hujjah yang mengatakan pihak mangsa boleh mendapat untung dan manfaat kiranya ia mendapat hartanya kembali dalam waktu yang sepatutnya adalah andaian semata-mata.
Terdapat kemungkinan besar juga dia tidak langsung memenafaatnya atau mungkin berpotensi untuk rugi jika diperolehi hartanya. Justeru menggunakan hujah ini tidak kukuh.
3. Kadar interest sistem perbankan Islam adalah lebih mahal
Bank-bank Islam adalah merupakan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar yang juga mensasarkan keuntungan supaya organisasi maju ke hadapan.
Bank-bank Islam juga mempunyai pelabur-pelabur yang mengharapkan pulangan yang baik hasil pelaburannya, dan ia bukannya wang subsidi yang diberi secara percuma.
Bank-bank Islam juga mempunyai para kakitangan yang perlu di bayar gaji selaras dengan nilai pasaran.
Bank-bank Islam juga perlu membayar kos operasi bangunannya dan peralatan-peralatannya.
Kebajikan dan kepentingan bank juga perlu dijaga supaya mampu terus menerus membantu segenap lapisan masyarakat.
Maka anda perlu memahami apabila bank Islam itu memperolehi keuntungan, ia akan mengeluarkan zakat bagi asnaf (kumpulan) yang layak menurut Shariah.
Keuntungan baik yang diperolehi bank-bank Islam juga membolehkan bank ini meluaskan lagi jangkauan operasinya, selain memantapkan lagi keuntungan akan datangnya.
Tak cukup lagi?
1) Nilai yang halal adalah tidak ternilai.
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )
2) Kos tambahan bagi khidmat profesional pengesahan Shariah.
3) Bank-bank Islam adalah pemain-pemain kecil yang sedang meningkat naik.
Jumlah Keseluruhan Asset Bank di Malaysia Menurut Ranking Pada 30 Jun 06
Maybank : RM 224 Billion
CIMB Group : RM 154 Billion
Public Bank : RM 135 Billion
RHB Capital : RM 96 Billion
AMMB Holdings : RM 72 Billion
Hong Leong : RM 61 Billion
EON Capital : RM 38 Billion
Affin Holdings : RM 35 Billion
Bank Islam Malaysia Berhad : RM 18 Billion
*Sumber : NST, 26 Nov 06
Kesimpulan tajuk
Demi Allah,
“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan menjauhi saki-baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak mahu melakukan (perintah mengenai larangan riba’ itu), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu (akibatnya kamu tidak akan selamat), dan jika kamu bertaubat (menghentikannya), maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah modal pokok harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak menganiaya (kepada sesiapa), dan kamu juga tidak teraniaya”.
(Surah Al-Baqarah: 278-279)
Jenis riba
Bahaya Riba
a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ia berdasarkan Firman Allah SWT :
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah)
Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak perlu huraian lagi lantaran kejelasannya. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :
Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment