•DEFINISI RIBA’
•Bahasa:
•Ziyadah (tambahan)
•Tumbuh dan membesar
•Istilah:
•Pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal secara batil.
•DEFINISI RIBA’
Menurut ulama’ Syafie:
Riba ialah penambahan pada emas, perak, & barang makanan.
Ada juga yang mentakrifkan sebagai pengambilan harta tertentu tanpa tukaran dengan harta lain.
Firman Allah Taala, (2:275)
Ertinya: …Pada hal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba’…
Sabda Rasul Allah SAW,
Maknanya: Rasul Allah SAW mengutuk orang yang makan riba’, wakilnya, saksinya dan jurutulis.
•JENIS RIBA’
1) Riba’ jualbeli (riba al-Buyu’)
a) Riba’ al-Fadhl
b) Riba’ al-Yad
c) Riba’ al-Nasiah
2) Riba barang berhutang (riba al-Qardh)
•RIBA’ JUALBELI (Riba al-buyu’)
(berlaku pada tukaran barang melalui sistem bayaran)
(berlaku pada tukaran barang melalui sistem bayaran)
a)Riba al-Fadhl
§menjual barang ribawi yang sama jenis secara tunai dengan nilai yang tidak sama.
§Contohnya- menjual dua gantang beras dengan tiga gantang beras.
b) Riba’ al-Yad
§Jualbeli bagi barang ribawi yang berbeza jenis secara tunai, tetapi lewat penyerahan salah satu barang.
§Contohnya – Jualbeli lembu dengan ayam tanpa serah terima dalam majlis akad (kontrak).
c) Riba’ al-Nasiah
§Jualbeli barang ribawi yang berbeza jenis secara bertangguh kepada sesuatu tempoh, tetapi apabila tiba tempohnya, pembeli tidak dapar membayarnya, maka dipanjangkan lagi tempoh bayaran dengan membayar tambahan bagi tempoh yang dilanjutkan itu.
•RIBA’ BARANG BERHUTANG
•Kontrak pinjaman wang untuk suatu tempoh tertentu yang disertakan dengan syarat tambahan ke atas jumlah hutang semasa membuat bayaran.
•Contohnya – A memberi hutang kepada B sebanyak RM 50 selama tiga bulan dengan syarat B membayar RM 60.
•Lebihan RM 10 dinamakan bunga (interest) dan istilah syarak dipanggil riba’.
•HIKMAH PENGHARAMAN RIBA’
•Menghapuskan penindasan.
•Menyuburkan kasih sayang-mengelakkan permusuhan.
•Menggalakkan sifat saling membantu.
•Menjaga & memelihara harta orang Islam.
•Mendidik umat Islam untuk melabur dalam bidang perusahaan & perniagaan.
•Membuka jalan kebaikan.
•KESAN BURUK RIBA’
Maknanya:
Orang yang memakan riba’ itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang itu yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu… [2:275]
Maknanya:
Riba’ mempunyai 73 pintu (punca), yang paling ringan keburukannya ialah seorang lelaki bernikah dengan ibunya.
•PENINDASAN DALAM PERNIAGAAN
1.Harga yang tinggi
2.Penipuan
3.Pemaksaan
4.Mengenakan tanggungan ke atas pembeli
5.Monopoli
6.Tidak menyatakan keadaan barang yang sebenar
No comments:
Post a Comment