Definisi
— Mengatur dan menyusun undang-undang yang berhubung dengan hukum-hukum perbuatan orang mukallaf, masalah-masalah serta peristiwa-peristiwa yang terjadi.
— Terbahagi kepada dua :
1. Perundangan Ilahi
2. Perundangan manusia
1. Perundangan Ilahi
2. Perundangan manusia
— Katakan: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta alam,tiada sekutu bagi-Nya, dan untuk yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah orang yang pertama berserah diri (kepada Allah)” (Al An’aam 162-163)
Perundangan Ilahi
- Perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran yang mengandungi hukum-hakam dan peraturan yang harus diikuti oleh manusia.
- Bersifat tetap dan tidak boleh diubah.
- Wajib diikuti oleh umat manusia.
- Hukuman akan diberikan oleh Allah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Perundangan manusia
- Perundangan yang digubal oleh manusia bertujuan untuk keharmonian masyarakat.
- Boleh dipinda, digubal semula dan diubah-ubah mengikut kesesuaian zaman dan persetujuan pemerintah.
- Berkemungkinan berlakunya ketidakadilan
- Hukuman adalah di dunia semata-mata dan boleh dirayu atau diringankan
Perundangan zaman Rasulullah
- Merupakan zaman pembentukan undang-undang
- 610M – 632M
- 23 tahun
- 2 peringkat :
i. Di tanah Mekah
ii.Di tanah Madinah
Peringkat di Tanah Mekah
- Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
- 13 tahun
- Tertumpu kepada keimanan,akidah, kepercayaan dan akhlak.
Peringkat di Tanah Madinah
- Selepas penghijrahan
- Lebih kurang 10 tahun
- Konsep akidah, akhlak, dan amali
Ciri-ciri perundangan
- Melalui wahyu yang suci
- Rasulullah menjadi sumber rujukan
- Perundangan dalam prinsip asas Islam
- Feqah belum diisytiharkan sebagai sains
- Tiada pengumpulan Al-Quran
- Perundangan tidak dilaksanakan serentak
- Sumber rujukan: Rasulullah SAW
- Punca undang-undang : Wahyu Ilahi dan I’tikad Rasulullah
- Surah Al-Baqarah: 217
- Cara perundangan : Secara beransur-ansur-mengambil masa
Tujuan :
- Ingin mendirikan sebuah masyarakat Islam yang unggul.
- Membentuk sebuah negara Islam di Madinah al-Munawwarah yang diasaskan kepada keimanan kepada Allah demi kesejahteraan umat Islam dan mendapatkan keredaan Allah di Akhirat.
- Surah Maidah: 3
Perundangan di Zaman Sahabat
Keistimewaan Sahabat-sahabat Nabi
— Menyaksikan sendiri sebab-sebab diturunkan ayat
— Ada yang menjadi ahli perundangan dan permesyuaratan Rasulullah
Zaman Pembukuan dan Imam Mujtahid
- 100H – 350H
- Imam mujtahid aktif mengarang dan menulis buku-buku hadis, fatwa-fatwa,tabiien, tafsir al-Quran, Feqh Imam Mujtahid, risalah ilmu dan sebagainya.
- Zaman keemasan kerana :
- Meliputi berbagai-bagai bangsa yang mempunyai berbagai-bagai adat resam, muamalat dan kepentingan-kepentingan
- Kemudahan-kemudahan yang luas
- Ketelitian para ulama
- Lahir tokoh-tokoh ahli ijtihad dan pengasas imam mazhab yang empat: Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali.
4. Penguatkuasa undang-undang : golongan tabi’in
5. Dilantik berdasarkan kepercayaan orang ramai
6. Punca perundangan : berasaskan Al-Quran, sunnah dan fatwa
Wujud perbezaan kerana :
- Perbezaan dalam cara pegangan hadith dan cara timbangan tafsir
- Perbezaan dalam nilai fatwa
- Terbentuknya perbezaan pendapat dalam perundangan yang membawa
kepada perpecahan ahli perundangan kepada mazhab.
- Terbentuknya perbezaan pendapat dalam perundangan yang membawa
kepada perpecahan ahli perundangan kepada mazhab.
Dapatkan buku Ringkasan sejarah perundangan Islam / Tarikh Tasyri'. www.refreshiman.blogspot.com
ReplyDelete