Thursday, 14 April 2011

SISTEM PEMBANGUNAN SEPADU

APAKAH BENTUK PEMBANGUNAN DALAM ISLAM ?
APAKAH KONSEP PEMBANGUNAN SEPADU?
Kedua-dua ciri, iaitu kebendaan dan moral serta kerohanian wujud serentak dalam satu pembangunan. Setiap pembangunan ekonomi (kebendaan) mestilah mempunyai moral kerohanian
CONTOH :
Setiap bangunan yang dibina mestilah membawa akhlak moral yang baik dalam kalangan penghuninya apabila berinteraksi sesama mereka.
Setiap pembangunan moral & kerohanian tidak mengenepikan pembangunan kebendaan
CONTOH :
Rasullulah telah mempraktikkan semasa di Madinah. Di samping mendirikan masjid, baginda juga mendirikan pasar untuk pengurusan perniagaan umat Islam.

HADIS YANG MENGGALAKKAN PEMBANGUNAN SEPADU
Saudagar yang benar yang pemurah itu akan bersama para Anbiya’, orang- orang benar dan para syuhada’
[Al-hadis]
Kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran.

SEKULARISME
   Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
   Menurut fahaman ini, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama. Sedangkan dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya). Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya.

Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka
Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui  firmanNya
maksudnya :
“adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab dan ingkar akan sebahagiannya?”
                                              (2:85)
Sedarkah kita bahawa SEKULARISME sedang menyerang kita SEMUA?

No comments:

Post a Comment